Penafian Projek IC Projek_IC

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjelaskan bahawa Projek IC atau 'Projek M' adalah satu legenda, sering diperkatakan tetapi tiada bukti. [21]Perlembagaan Persekutuan 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat ‘kepercayaan awam’. Sebelum ini Kabel diplomatik sulit AS yang dibocorkan oleh Wikileaks mendedahkan, bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 1994, atas arahan Umno.Bekas ketua NGO pemantau pilihan raya ,Mafrel, Abdul Malek Husin mendakwa Rashid mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober 2006. Hasilnya, dalam Pilihan raya kecil Sabah 2004, majoriti PBS merosot mendadak.PBS akhirnya tumbang rentetan ADUN PBS belot kepada BN.[22] JPN yang mengeluarkan kad pengenalan dan SPR hanya mendaftar pengundi sahaja.Malek mendakwa jumlah sebenar ialah 80,000 warga asing didaftarkan oleh JPN.[23]

Dalam kesemua tuduhan Projek IC yang ditimbulkan, tidak ada senarai IC yang dituduh dipalsukan pernah disenaraikan sebagai bukti. Kesemua tuduhan yang ditimbulkan adalah berdasarkan tuduhan kata orang ("hear say").